Logo Kastam

Logo Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Warna biru dan kuning adalah warna rasmi Jabatan

Harimau melambangkan ketegasan, kecekalan dan keberanian.

Bintang dan bulan sabit berwarna kuning melambangkan kedaulatan Negara.

Bulatan yang berwarna biru melambangan penambahbaikan yang berterusan dengan membudayakan kualiti menyeluruh.

Bulatan kuning di tengah melambangkan fokus utama untuk memungut cukai dalam usaha bagi menambah hasil negara serta mengamalkan ciri pengurusan yang berkualiti.

Bulatan yang dibahagi dua melambangkan visi Jabatan ke arah mencapai taraf dunia.

Dua petunjuk arah di bahagian atas dan bahagian bawah lambang tiga segi melambangkan halatuju yang strategik dalam usaha memungut hasil, mengawal serta memelihara kepentingan negara.

Segitiga tepat melambangkan keupayaan menangani perubahan, pembaharuan dan memelihara keutuhan jabatan.